Mengenai Kami

Pusat pembelajaran untuk bakat berkemahiran tinggi.

DuEIT Learning Centre ialah singkatan kepada DuHeritage Excellence, Innovation & Technology — pusat pembelajaran berterusan yang menumpukan TVET, STEM dan teknologi digital.

Siapa Kami

Teori + amali + pengalaman industri.

Selaras dengan aspirasi negara ke arah Revolusi Industri 4.0 (IR4.0) dan transformasi digital, DuEIT menyediakan ekosistem pembelajaran yang menggabungkan teori, latihan amali dan pengalaman industri.

Selain kursus jangka pendek, DuEIT turut menganjurkan program cuti sekolah, latihan profesional, pensijilan kemahiran, bengkel industri, program pembangunan keusahawanan, latihan korporat dan aktiviti pemerkasaan komuniti yang disesuaikan mengikut keperluan peserta serta organisasi.

Peserta kelas robotik DuEIT bekerjasama dalam projek
Visi

Pusat kecemerlangan pembelajaran TVET, STEM & digital.

Menjadi pusat kecemerlangan pembelajaran berteraskan TVET, STEM dan teknologi digital yang unggul dalam melahirkan modal insan berkemahiran tinggi, inovatif, berdaya saing serta bersedia memacu pembangunan negara dan ekonomi digital.

Misi
  • Menyediakan program latihan dan pembelajaran berkualiti mengikut keperluan industri semasa dan masa hadapan.
  • Melahirkan individu kompeten, kreatif, inovatif dengan kemahiran teknikal, digital dan insaniah.
  • Memperkasa bakat dalam robotik, drone, AI, IoT, analitik data, multimedia dan teknologi digital.
  • Menjalinkan kerjasama strategik dengan kementerian, agensi, institusi pendidikan, industri dan komuniti.
  • Membudayakan pembelajaran sepanjang hayat dan menyokong transformasi digital negara.
Butiran Organisasi

Du Heritage Legacy (DHL)

Maklumat korporat yang dinyatakan dalam profil syarikat yang dimuat naik.

Nama syarikatDu Heritage Legacy (DHL)
Tahun daftar12 Oktober 2021
StatusSwasta
No. pendaftaran SSM202103300845 (RA0078289-X)
Telefon012-542 2312
AlamatLot 136A, Jalan Ampang, Tambun, 31400 Ipoh, Perak

Profil projek dan pengalaman Organiasi dalam beberapa kategori perkhidmatan dan projek yang telah dijalan.

Carta organisasi Du Heritage Legacy / DuEIT Learning Centre
Pasukan

Struktur Pengurusan STEM, Robotik dan Drone.

Pengurusan memastikan pelaksanaan program pendidikan, latihan, projek dan kerjasama strategik dapat dijalankan secara terancang dan sistematik. Melalui penglibatan bersama rakan strategik daripada institusi pendidikan, industri dan agensi berkaitan, Organisasi ini dapat meningkatkan kemahiran STEM, kreativiti, inovasi, pengaturcaraan, penyelesaian masalah dan kerja berpasukan.

Struktur yang jelas juga memudahkan penyelarasan, pemantauan dan penilaian bagi memastikan program mencapai objektif dan bersedia menghadapi keperluan teknologi masa hadapan.

Keupayaan Organisasi

Lebih luas daripada kelas teknologi.

🎓

Education Consultant

Aktiviti konsultansi pendidikan dan program pembangunan.

🏗️

Construction

Portfolio pembinaan, pembaikan dan kerja kemudahan.

🖨️

Printing & Souvenir

Produk cetakan dan barangan cenderamata.

🏢

Ruang Sewaan

Ruang seminar, mesyuarat dan acara.
- Tekan Sini untuk ruang Sewaan

📦

Supply

Bekalan kit dan peralatan untuk projek organisasi.

🍽️

Catering

Perkhidmatan makanan untuk program dan acara.

🤝

Kerjasama Strategik

Kementerian, agensi kerajaan, institusi pendidikan, industri dan komuniti.

🧠

Pembangunan Bakat

Latihan, pensijilan, penyelidikan, inovasi dan pembelajaran sepanjang hayat.

Pendaftaran & Pertanyaan

Beri anak anda ruang untuk membina, mencuba dan mencipta.

Jadual pengambilan boleh berubah. Hubungi DuEIT untuk semak slot, jadual kelas dan kursus yang sesuai dengan umur atau matlamat peserta.

WA